Disiarkan pada

Sumbangan Melalui Program Sesama Mara Box of Hope

Program Sesama Mara Air Selangor ‘Box Of Hope’ merupakan sumbangan bantuan makanan asas untuk mereka yang memerlukan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dengan sokongan dan sumbangan ikhlas daripada anda semua, kami harap usaha murni ini dapat diteruskan.

Anda boleh menyumbang makanan asas dengan meletakkannya ke dalam Box of Hope di lima (5) cawangan Village Grocer yang terpilih di Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, i-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall.

Anda juga boleh membuat sumbangan melalui akaun bank CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 dengan mengikut langkah-langkah berikut: 1. Sertakan nota catatan Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope’ semasa membuat transaksi dan e-mel ke communication@airselangor.com 2. Pastikan nilai sumbangan adalah betul semasa transaksi dijalankan kerana sebarang permohonan pemulangan wang tidak boleh dilakukan selepas transaksi.

#AirSelangor #SesamaMara