Disiarkan pada
#SesamaMara – Hari Kebangsaan ke-65
Sempena sambutan Hari Kebangsaan bulan ini, Air Selangor meneruskan usaha berkongsi kegembiraan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sesama Mara dengan menghulurkan bantuan kepada penghuni rumah-rumah kebajikan dan komuniti setempat. Melalui program ini, Air Selangor mengagihkan barangan makanan asas seperti beras, minyak, gula, barangan kering dan tepung serta keperluan asas lain kepada rumah-rumah kebajikan Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pusat Jagaan Anbe Sivam dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur di Selangor dan Kuala Lumpur. Air Selangor juga telah melancarkan inisiatif Box of Hope versi digital melalui www.airselangor.com/boxofhope/ untuk menggalakkan dan memudahkan lebih ramai orang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, hadir untuk menyerahkan sumbangan kepada para penerima.
Selain itu, Air Selangor turut menyumbang peranti pembelajaran dalam talian kepada pusat komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah inisiatif Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian. Air Selangor berazam untuk mengagihkan 100 unit peranti ini ke sekurang-kurangnya 10 buah pusat komuniti di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu sesi pembelajaran dalam talian untuk anak-anak dari kalangan keluarga B40. Ketahui lebih lanjut mengenai program Sesama Mara Air Selangor di sini:https://www.airselangor.com/media/sesamamara/
#AirSelangor
Tag:
Sesama Mara