Disiarkan pada
Notis Makluman – 28 July 2022
Pelarasan tarif bekalan air yang akan bermula pada 1 Ogos 2022 adalah khusus bagi kategori pengguna bukan domestik dan kategori khas sahaja. Pengguna domestik tidak akan terkesan selari dengan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 24 Jun 2022. Kenaikan purata 20 sen bagi setiap meter padu (m3) air ini di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah satu jumlah yang berpatutan bagi Air Selangor untuk memberikan perkhidmatan bekalan air terawat yang bersih dan selamat kepada pengguna komersial secara berterusan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.airselangor.com/air-selangor-akan-laksana-pelarasan-tarif-bekalan-air-bagi-kategori-bukan-domestik-dan-kategori-khas-selari-pengumuman-kasa/?lang=ms.
Tag:
Notice Alert